Sunday, 23 March 2014

subject dalam Diploma in business studies(insurance)

assalamualaikum =)

sorry sbb lmbat update,,ambik masa berbulan kot hahaha
dlm syllabus uitm kita akan belajar semua pasal insurance sama ada takaful or general insurance
start dari sem 3 even dah belajar pasal inaurance tp takaful lah untuk sbjct CTU..sekarang mungkin dh tukar nama tp xtahu hehehe..

sem 4 mula subject insurance macam fundamental of insurance..subject ni memang best mungkin lecturer yang ajar memang best hehehe..banyak kenangan dalam subject ni..subject ni just basic knowledge untuk subject insurance yang akan datang..contohnya maksud insurance,common pool,proximate clause, subrogation, arbitration, dan macam-macam lagi istilah insurance..insurance ni special bagi saya sebab kalau kita xpaham dari basic term2 yang digunakan mmg akan jadi masalah besar untuk kita bawak subject akan datang.. term2 ni dari  kulit depan sampai kulit belakang mmg gunakan istilah insurance ni..(ayt mcm serius la plak)hahahaha...xpyh hafal faham sudah hehehe

sem 5 bermulalah semua subject core diperkenalkan hahahaha.. antaranya property&pecuniary insurance 1, legal aspects of insurance, dan insurance company operation..untuk property&pecuniary 1 ni kitaakan belajar pasal general insurance untuk property je taw..transport lain..fire insurance, schedule, apa coverage dia untuk bangunan tu..macam mana risk assessment, factor2 rating untuk kira premium dia..
untuk legal aspects of insurance kita akan belajar pasal law tapi dalam konteks insurance..macam mana boleh breach of duty,elements of contract..
untuk insurance company operation ni paling senang hehehe..dia macam general je tapi tambah act2 dalam insurance..macam mana company insurance distribute diorg pye product,macam mana diorg pye management.

sem 6 kita belajar bnda yang sama heee..property&pecuniary 2, life insurance practice, liability of insurance, and insurance of transportation..liability ni dengar pon dah tahu kan related dgn law lah hehehe..insurance intangible product jd mmg close related gn law lah..heheh so jgn tye knpa byk law..

ni smua subject insurance ada lagi subject uni requirement hahaha..ni je yang mampu ingat balik heeee
harap enrty ni boleh bg manfaat hehe

Assalamualaikum

Saturday, 30 November 2013

DIPLOMA IN  BUSINESS MANAGEMENT (INSURANCE) 
UITM
(MBM 115)

Assalamualaikum wbt..

Masa nak isi borang sambung degree aritu search la kat internet then sy perasan lah sesuatu bila search2 ramai lah buat review pasal course yang diorg study.
Tetapi malangnya course ni mmg xde sape yg bg review and bagi sy ramai lah jgk looking down on this course..
yes! mentality malaysian masih rendah lg pasal insurance..xsemua tp some of them.

Masa mula2 dpt kos ni pon sy xnak ambik sb mentality sy pon sama mcm orang len..xnk lah t kuar jd agent insurance..now after completing my diploma in business management (insurance) my perception on insurance scope is totally difference and I'm also intends to look forward about insurance.

Mmg ad org ckp eh insurance kan haram.xnak lah ad riba'..yes I'm admit it.but in islam it is applied since zaman Rasulullah lg but its called TAKAFUL. Islam mencakupi smua aspek kehidupan, tidak tertinggal insurance jgk.Taw x khairat kematian, itupon salah satu aplikasi insurance jgk. so jgn lah risau ye.

Org tye ad ke kje nanti? In shaa Allah rezeki sentiasa ada dimana-mana asalkan usaha. Dalam bidang insurance ni sgt byk kje jgn lah risau asalkan korang survive dlm industry ni. contohnya risk surveyor,loss adjuster,loss assessor, agent, broker, underwriter, mmg  sgt byk.. nmpak tak yg korg mmg xkn menganggur..tapi smuanya kne dptkn lesen dari BNM(bank negara malaysia) sb insurance kita xdpt provide product yg ada di dpn mata just bila accident happen or any risk which have been insured bru lah kita nmpak..

Contohnya: sy insuredkan rumah sy.bila umah terbakar sb gas meletop barulah insurance company akn provide coverage.

weheee k lah pnjg sgt dh..t klo update lg sy cite pasal subject yg korg akn ambik untuk diploma kos insurance ni..ni sbject based on UITM syllabus k..klo uni lain xtaw..klo blaja xsme t jgn mrh plak ye

Assalamualaikum =)



Wednesday, 16 October 2013

alahai perempuan

Assalamualaikum
setiap perkara terjadi mesti ada percaturan lebih baik dari sang pencipta
macam tulah lumrah kejadian lelaki dan wanita
hmm.. settle intro hahaha

perempuan sangat rumit
siyes aku cakap
benda yang senang dijadikan susah
haish pening pala
bukan lah semua perempuan
ni mungkin apa yang tengah terjadi kat dalam kehidupan aku kot..

kadang-kadang mulut lebih laju dari otak berfikir kot
tulah perempuan
k bye



Monday, 7 October 2013

Terlipat Kemas Dalam Ingatan




Assalamualaikum
bulan 10 ni adalah penghujung tarikh mana kami intake 2010-2013
 telah berjaya mengharungi perjalanan sebagai mahasiswa tp diploma level lah..hehe
masa mmg cepat berlalu sepantas cahaya
semuanya tinggal dalam kenangan



Sunday, 15 September 2013

Perkara tersirat adalah milik hakiki dari-Nya

Assalamualaikum..
perkara tersirat memang diluar jangkaan 
sehingga diluar batasan pemikiran manusia yang kerdil

apa yang terjadi semua atas kehendak-Nya 
sampai terlupa apa yang terjadi peringatan untuk diri sendiri
tidak pernah Dia hadirkan dugaan untuk kita terseksa
tetapi hadirnya sebuah dugaan sebagai peringatan kecil agar tidak terlalu leka

amanah diberi bukan untuk diremehkan 
tetapi untuk dijaga sehingga terlaksana
khalifah bukan sekadar gelaran agung tapi sebuah amanat dari sang Pencipta

Allahuakhbar

masihkah diri sehina ini diberi kesempatan untuk melaksanakan segala suruhan-Nya
dititipkan doa agar sentiasa menunduk dan sesekali mendongak untuk menggapai impian

tatkala bersedih
dihimpit dugaan 
dan diluaskan rezeki
sentiasalah menadah tangan sebagai tanda bersyukur 
kerana Dia masih memandang pada kita
agar kita tidak terlalu leka hingga jatuh sampai tersungkur


Saturday, 31 August 2013

Lihat masa hadapan bukan masa yang akan datang dan pergi tanpa erti

kadangkala pelik dengan sikap sesetengah manusia
contohnya bila orang tanya soalan
s:apa cita-cita ko?
j: entah aku pon xtaw ap cite2 aku

speechless!
klo kita tye pokok pon ad jawapan knpa dia bergoyang
inikan pula manusia
seorang khalifah di dunia, gah pada akal dan fikirannya
kenapa masih ada jawapan yang tidak setanding 
 kehebatan hikmahnya dikurniakan akal dan fikiran..

kagum aku bagi penghormatan untuk kalian


inikah masa hadapan kalian???

stock dari google

masa hadapan belum tentu milik anda
walaupun masa kini milik anda

berfikirlah hari ini kalian ada
 ibubapa
adik beradik 
saudara mara

tapi 
di masa hadapan 
adakah mereka semua anda miliki lagi???
belum ada jaminan lagi untuk anda memiliki mereka sampai hari esok

kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya



berfikirlah untuk masa hadapan agar tidak tewas dan alpa dengan hasutan dunia yang fana

pengalaman menjadikan diri ini lebih menghargai takdir-Nya

kadang kala kita xsedar apa yang terjadi semua atas kehendak-Nya..
impian yang dicita belum tentu milik kita selamanya..
selamanya berpeganglah pada paksi-Nya agar kita sesekali tidak untuk menoleh dari lindungan-Nya

Manusia
mmg alpa
mudah lupa
mudah merasa selesa
pada akhirnya tinggallah penyesalan tidak bertepian
sehingga mengakibatkan diri sendiri tergelincir...



source:google


akhir khalam,
berusahalah sehingga kita dihembusan nafas terakhir
ingatlah bukan mengejar pelajaran dan cita saje usaha kita
tetapi mencakupi segenap aspek kehidupan