Tuesday 26 July 2016

Tips kalau hendak berjaya


Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share point2 penting untuk bakal graduan. Ye betul, ramai yang pandang rendah dengan kelayakan kita tapi satu cara yang aku amalkan sentiasa berdoa. Aku baca tips ini dari salah satu facebook yang aku follow. Dia cakap kalau kita hendakkan sesuatu kita mesti doa jangan berharap. Betol! Benda ini lah yang aku amalkan sentiasa.

Tips pertama ialah kita kena sedar diri. Semasa waktu berada dikampus rajin-rajinlah belajar sebab kita bukan ada pengalaman dalam industri, “connection” pon xde. Bawak-bawak la bertaubat dan mula berubah untuk dapatkan kerjaya yang bagus. Macam aku sendiri, “connection” tiada, pengalaman kerja pon tiada. Jadi apa yang aku perlu tunjukkan kepada bakal majikan aku ialah keputusan akhir kita CGPA yang bagus mampu menarik minat majikan untuk panggil temuduga. Siapa cakap cgpa tidak penting? Itu hanya untuk orang yang bodoh sombong dan bongkak. Kenapa aku cakap begitu? Sebab rezeki di tangan Allah. Kenapa hendak percaya dengan orang yang sentiasa merendahkan diri ko macam tu sekali.  Jadi kita kena bersemangat untuk belajar untuk dapatkan kejayaan dikemudian hari. Kalau dah usaha tetapi masih tidak tercapai, jangan rendah diri maknanya usaha ko belum cukup untuk Allah bukakan pintu rezeki untuk ko. Satu je nak ingatkan bahawa jangan rasa usaha kita tu dah memadai sampai ko pertikaikan pulak kuasa Allah. Benda ni selalu aku Nampak dan tidak ramai yang sedar mereka buat benda ni.

Tips kedua yang aku amalkan kalau dah nama fresh graduate jangan bongkak, jangan malas sebabnya ialah engkau kena sedar diri pengalaman tiada pandai-pandailah cari pelbagai alternative yang ada. Banyak sebenarnya dengan kemajuan dunia dihujung jari, lagi mudah untuk kita dapatkan pekerjaan. Contohnya apa yang aku amalkan cari macam mana hendak buat resume yang majikan inginkan. Sentiasa kemaskini semua maklumat, cari point-point penting yang boleh buatkan majikan tertarik dengan resume kita. Kenapa aku kata jangan malas? Sebabnya yang ini lagi aku perasan kenapa graduan kurang mendapat tempat dihati majikan sebab tidak menggunakan ayat-ayat yang menarik minat majikan. Selalu bagi alasan, “kita tidak pandai BI macama awak”, ‘aku tidak berani cakap dengan penemuduga”. Semua ini adalah alasan semata-mata. Orang malas memang suka bagi alasan. Aku pon tidak pandai mana nak2 dengan English tapi aku usaha dengan cari ayat-ayat yang power dekat internet letak dalam resume. Untuk temuduga aku berlatih cakap bi sampai berbuih-buih mulut aku. Ingat benda ni kalau kau tak usaha betul-betul siapa lagi akan tolong diri ko. Benda yang menjadi alat ukur untuk engkau berjaya sebenarnya usaha. Bila usaha engkau  melebihi  segala-galanya , Allah sendiri bukak jalan untuk engkau. Engat Allah tak tengok pon engkau kerja apa, bidang apa, gaji apa. Allah tengok usaha engkau sebab apa yang engkau usahakan itulah yang engkau dapatkan. Gaji, jawatan itu sebenarnya hasil dari usaha engkau.

Oklah lain hari sambung lagi tips untuk bakal graduan dan para graduan.
ikhlas,
Nur Shuhada Binti Sabarruddin