Wednesday 30 April 2014

aktiviti khidmat masyarakat BM249 3L

assalamualaikum 

27 april 2014 event khidmat masyarakat untuk kelas saya..
kami buat kerjasama dengan Keluarga Besar Norlina Alawi
kalau siapa pernah dengar PERNIMS ni lah umah dia
atas sebab tertentu tuan rumah telah tukar nama rumah tersebut
event kitaorang  tak dapat sumbang banyak untuk kebajikan anak yatim tu tapi sedikit sebanyak kami semua cuba bantu selagi mampu
seronok memang seronok tapi korang sebalik keseronokan tu akan ada sedikit kepiluan untuk anak-anak tersebut..

ehhh tetiba sendu plak..nak cerita seronok-seronok hahaha

k layankan gambar ni semua hahahaha

ni before g sungai gemi, hulu langat


ni dgn yana miera mek ganu bff kita


sila jangan terkejut tengok kebun dia sebab kami 1 kelas pon ternganga mse sampai

tudung hijau wan nasuha hehe bff mek klate plak hahaha

ni aktiviti berkebun tanam anak pokok

ni pon aktiviti tanam anak pokok

ni xpastilah lepas berkebun ke sebelum berkebun hahahaha






dah la byk sangat gambar yang nak kena upload hahahaha
k tu je mampu upload 
terima kasih kerana sudi baca





Thursday 24 April 2014

KEKASIH HATI



kehangatan badan mu masih terasa memeluk ku sehingga kini
terasa kucupan mu dikedua belah pipi ku
lambaian tangan mu meninggalkan ku di perkarangan asrama

tanggal 20 april 2005 jasad mu pula pergi meninggalkan ku
dikala aku memerlukan mu
sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Allah maha penyayang lebih mengasihimu
pada mulanya aku memberontak
tapi akhirnya aku tersungkur dengan kehendak  takdir
kau tidak akan kembali lagi..

perjuanganku masih beribu batu
namun sesaat tidak pernah melupakan
hilang kasih membawa aku mengenal erti kehidupan
hilang salah satu keberkatan dalam hidupku
setangkai doa dan fatihah aku kirimkan tanda kasih sayang pada mu melahirkanku

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
kau angkatlah darjatnya sebagai wanita syurga
kerana dia wanita yang mulia

rindu tidak akan padam selagi
hayat dikandung badan
hanya itu mampu aku lakukan
merinduimu setiap masa

kasih dan sayang dari anakmu
kakak



Friday 4 April 2014

MACAM MANA NAK BUAT SURAT RASMI (LATEST EDITION)

Assalamualaikum..hehe


nmpak x tajuk gempak latest edition hahahaha
sebenarnya nak buat entri ni sebab subjek dalam kos saya kne buat community service dan saya kene buat surat rasmi untuk minta sponsor dari badan kerajaan..

bila hantar surat tu, hehehe surat saya telah direject kerana format lama kata staff uitm hahaha
mungkin entri ni boleh tolong sesiapa untuk buat surat minta sumbangan heehe
ni contoh surat saya..



Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No.3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40632 Shah Alam, Selangor

Melalui
Dr. Ramlee Abdul Rahman
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN ANAK POKOK UNTUK PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk,

2.            Untuk makluman tuan, para pelajar semester 3, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam akan mengadakan khidmat komuniti di rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi pada 27 April 2014 di alamat Lot 482, Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, Ampang Selangor.

3.            Aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti gotong-royong di kebun milik rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi. Untuk tujuan itu, besarlah harapan kami jika mendapat sumbangan anak pokok dari jabatan tuan.

4.            Sehubungan Itu, saya sertakan sekali butir maklumat untuk rujukan pihak tuan pada masa akan datang. Maklumat lanjut berkaitan program ini sila hubungi ketua projek (nama dan no telefon). 

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih,

……………………………………….

Nama penuh dan jawatan
untuk pengesahan surat