Friday 4 April 2014

MACAM MANA NAK BUAT SURAT RASMI (LATEST EDITION)

Assalamualaikum..hehe


nmpak x tajuk gempak latest edition hahahaha
sebenarnya nak buat entri ni sebab subjek dalam kos saya kne buat community service dan saya kene buat surat rasmi untuk minta sponsor dari badan kerajaan..

bila hantar surat tu, hehehe surat saya telah direject kerana format lama kata staff uitm hahaha
mungkin entri ni boleh tolong sesiapa untuk buat surat minta sumbangan heehe
ni contoh surat saya..



Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No.3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40632 Shah Alam, Selangor

Melalui
Dr. Ramlee Abdul Rahman
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN ANAK POKOK UNTUK PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk,

2.            Untuk makluman tuan, para pelajar semester 3, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam akan mengadakan khidmat komuniti di rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi pada 27 April 2014 di alamat Lot 482, Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, Ampang Selangor.

3.            Aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti gotong-royong di kebun milik rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi. Untuk tujuan itu, besarlah harapan kami jika mendapat sumbangan anak pokok dari jabatan tuan.

4.            Sehubungan Itu, saya sertakan sekali butir maklumat untuk rujukan pihak tuan pada masa akan datang. Maklumat lanjut berkaitan program ini sila hubungi ketua projek (nama dan no telefon). 

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih,

……………………………………….

Nama penuh dan jawatan
untuk pengesahan surat

No comments:

Post a Comment